Berhubungan suami istri harus
dilakukan penuh adab dan ada waktu-waktu yang dibolehkan dan ada waktu – waktu
yang dilarang untuk melakukan hubungan suami istri. Hal ini disebabkan karena
dalam Islam hubungan suami istri adalah ibadah dan bernilai pahala.
Adapun waktu waktu yang dilarang
untuk berjima’ yaitu:
1. “Wahai Ali..! janganlah engkau
berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya
(sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit
gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’
dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata
juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
3. “Wahai Ali..! janganlah
bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat
daripada bisu.”
4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’
dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya
yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu
akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
5. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub
di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan
turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’
dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
7. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas
syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka
sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa
kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’
dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat
dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu
berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau
empat.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct)
dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika
tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir
sehingga mati.”
11. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi
seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada
waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua,
nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika
tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti
ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya
yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak
itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu
meminta-minta. “
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar
kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu
kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu
jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi
seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang
demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w.
membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari
tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang
yang zalim.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu
berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia
daripada akhirat.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terimakasih atas kunjungan dan komentar agan, semoga semua isi biarkan aku tetap bermimpi bisa bermanfaat.